Salam semua sebenarnya anda semua boleh bina border sendiri menggunakan powerpoint cukup mudah dan sangat menarik. Untuk entri yang ni saya nak tunjukkan camne nak buat papan tanda yang paling mudah.
Langkah pertama bina kekotak seperti yang ditunjukkan kemudian tukar background kepada tektur kayu yang memang ada dalam perisian powerpoint.
Langkah ketiga perbanyakkan kotak2 yang telah dibuat tadi.
Langkah ketiga susunkan seperti diatas.
Langkah keempat hiaskan papan tanda dengan bentuk bulat sebagai pengganti paku.
Seterusnya kita boleh hias papan tanda tersebut dengan imej yang pelbagai.
Salah satu contoh papan tanda
Anda juga boleh buat begini....sebagai bahan bacaan.
Juga sebagai kad perkataan.
Latarbelakang dan hiasan boleh diubah.
Selamat mencuba.....
1 ulasan:
salam kak liza...tq sbb kongsi ilmu ni. Zila nak cuba buat la. Comel! Suka sangat sebab dpt tahu sesuatu. TQVM.
Catat Ulasan