MAIN

MAIN
klik here

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pembelajaran Berpusatkan Murid

Pembelajaran berpusatkan murid bermaksud penglibatan murid secara aktif dalam sesuatu aktiviti pembelajaran dan mereka diberi tanggungjawab atas pembelajaran mereka sendiri. Di bawah pembelajaran berpusatkan murid ini, murid memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran kerana pembelajaran digerakkan atas minat, dorongan dan keperluan murid. Murid juga diberi kebebasan untuk memilih jenis aktiviti, bahan dan masa semasa pembelajaran. Guru merupakan pemudahcara atau pembimbing yang memandu murid menjalankan aktiviti pembelajaran.

Belajar Melalui Bermain

Belajar melalui bermain adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid untuk belajar dalam suasana yang bebas, selamat, mengembirakan dan bermakna. Pendekatan ini diberi penekanan dalam pendidikan prasekolah kerana bermain merupakan fitrah atau tingkahlaku semulajadi kanak-kanak. Melalui proses bermain mereka akan membuat penerokaan, penemuan dan pembinaan pengalaman secara langsung dan semulajadi. Melalui pendekatan ini, aspek perkembangan fizikal, sosial emosi, kognitif dan bahasa serta potensi kanak-kanak dapat ditingkatkan ke tahap yang maksimum.

Pembelajaran Berasaskan Inkuiri

P&p berasaskan Inkuiri merupakan satu pendekatan di mana murid membina pengetahuan dan kefahaman sendiri melalui penyiasatan dan penerokaan berasaskan pengetahuan sedia ada. Pelaksanaan pendekatan ini adalah melalui pelbagai pendekatan seperti pembelajaran berasaskan projek, penyiasatan saintifik, pembelajaran berasaskan masalah dan pembelajaran kolaboratif bagi melahirkan murid yang berilmu dan berkemahiran berfikir aras tinggi. Proses p&p Inkuiri berfokus kepda learning by doing yang melibatkan murid melaksanakan aktiviti penerokaan, penyiasatan, penyoalan, berfikir secara reflektif dan penemuan ilmu baharu.
Secara umumnya, Inkuiri mementingkan ‘mengapa’ dan ‘bagaimana’ berbanding dengan ‘apa’ terhadap sesuatu perkara atau kejadian. Selain daripada itu, Inkuiri dapat meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif serta menggalakkan pembelajaran kendiri. Inkuiri juga dapat menimbulkan rasa ingin tahu dan menggalakkan murid untuk bertanya. Dalam masa yang sama murid akan membuat refleksi sepanjang proses pembelajaran

Pendekatan Bersepadu

Pendekatan bersepadu adalah pendekatan yang menggabungjalin dua atau lebih kemahiran yang perlu dikuasai murid dalam satu masa. Pendekatan ini akan dapat membantu murid untuk memahami hakikat kehidupan sebenar. Dalam kehidupan sebenar sesuatu itu saling berkaitan antara satu sama lain dan bukannya sesuatu yang terpisah-pisah. Selain daripada itu, guru hendaklah menggunakan pengalaman seharian murid dalam proses p&p.

Pembelajaran dilaksanakan secara menyeluruh dan bersepadu dan tidak memisahkan pembelajaran kepada disiplin ilmu yang berbeza-beza. Selain daripada kesepaduan antara disiplin ilmu, pendekatan ini juga melibatkan kesepaduan antara beberapa kemahiran, kemahiran dan nilai, kesepaduan antara tunjang, kesepaduan antara aktiviti serta pelbagai kaedah dan teknik.
Pembelajaran melalui pendekatan bersepadu dapat memenuhi keperluan murid yang berbeza-beza dari segi perkembangan, minat dan kebolehan serta perbezaan dari segi latar belakang.

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dinyatakan dalam kurikulum secara eksplisit supaya guru dapat menterjemahkan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi merangsang pemikiran berstruktur dan berfokus dalam kalangan murid. Penerangan KBAT adalah berfokus kepada empat tahap pemikiran.

Mengaplikasi
 Menggunakan pengetahuan, kemahiran, dan nilai dalam situasi berlainan untuk melaksanakan sesuatu perkara

Menganalisis
 Mencerakinkan maklumat kepada bahagian kecil untuk memahami dengan lebih mendalam serta hubung kait antara bahagian berkenaan

Menilai
 Membuat pertimbangan dan keputusan menggunakan pengetahuan, pengalaman, kemahiran, dan nilai serta memberi justifikasi

Mencipta
 Menghasilkan idea atau produk atau kaedah yang kreatif dan inovatif

KBAT ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. KBAT merangkumi kemahiran berfikir kritis, kreatif dan menaakul dan strategi berfikir.
Kemahiran berfikir kritis adalah kebolehan untuk menilai sesuatu idea secara logik dan rasional untuk membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah.
Kemahiran berfikir kreatif adalah kemampuan untuk menghasilkan atau mencipta sesuatu yang baharu dan bernilai dengan menggunakan daya imaginasi secara asli serta berfikir tidak mengikut kelaziman.
Kemahiran menaakul adalah keupayaan individu membuat pertimbangan dan penilaian secara logik dan rasional.
Strategi berfikir merupakan cara berfikir yang berstruktur dan berfokus untuk menyelesaikan masalah.
KBAT boleh diaplikasikan dalam bilik darjah melalui aktiviti berbentuk menaakul, pembelajaran inkuiri, penyelesaian masalah dan projek. Guru dan murid perlu menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran dan peta minda serta penyoalan aras tinggi untuk menggalakkan murid berfikir.